Bloomora Dilahirkan Di Rumah Kami Dahulu...
Saya cuba buat beberapa game untuk anak sendiri. Dalam hati saya cuma fikir. "Entah dia suka ke tak..."
Tak sangka pula...Setiap kali habis satu misi, dia terus cakap, "Mama... lagi satu!" Lepas satu...Nak lagi. Lepas lagi satu...Nak lagi. Sampai saya pula yang kena suruh dia berhenti sebab dah terlalu lama main.
Yang saya terkesan sekali, dia dah siap satu buku, saya sengaja padam whiteboard marker tu, tengok-tengok, dia ambil & buat lagi.
Saya cuma terfikir, kenapa dia masih mencuba untuk buat semula game yg sama walaupun dah pernah buat berkali-kali. Bukan kerana dia tidak pandai, tetapi dia sedang melatih diri untuk buat dengan lebih cepat & tepat.





